Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Lagi Yang Maha Mengasihani.

Katakan (wahai Muhammad):- " (Tuhanku) ialah ALLAH Yang Maha Esa. "
" ALLAH Yang Menjadi Tumpuan Sekelian Makhluk, Untuk Memohon Sebarang Hajat. "
" Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. "
" Dan tidak ada sesiapa pun serupa denganNya. "

Saturday 15 October 2011

Kayu Ada Corak Seakan Huruf Arab








Kayu Corak Seakan Huruf Arab ini dijumpai seorang
pencari ubat akar kayu di hutan utara Semenanjung
Malaysia, secara tak sengaja.
Jenis kayu tak dapat tuan blog pastikan, mungkin ada orang
yang arif, mengetahui jenis kayu ini.

Badik Acheh Hulu & Sarung Tulang Ikan



Badik dipercayai berasal dari Acheh, Indonesia.
Usianya tidak diketahui.
Hulu dan Sarungnya dipercayai dibuat dari tulang ikan. Ini memang barang `rare'.
Matamya ada tulisan Arab.

Cincin Zamrud Kalimah Allah





Batu Zamrud ni dipercayai berasal dari Brazil. Gambaran kalimahnya sukar di perlihatkan dalam gambar. Saiz batunya agak besar dengan bentuk jantan. Ukuran batu :- 27mm x 16mm x 10mm tbl. Rekabentuk ikatannya dari logam perak dengan kepala bungkus logam suasa. Saiz jari 21.

Cincin Akek Kalimah Allah




 









Cincin Akek Kalimah ini agak `special' kerana tulisan kalimahnya agak jelas dengan warna gabungan putih, orange dan kuning. Ianya adalah batu akek asli. Batu nya agak besar tapi leper, dengan ukuran:- 33mm x 15mm x 4mm tbl. Ianya telah diikat dengan tempahan khas design tangkai kendi  dengan pahat bunga jawa, oleh tukang yang agak mahir, menggunakan adunan logam perak sebagai bahan utama dengan sedikit campuran aloi untuk menguatkan dan mengilatkan lagi permukaan perak bila dah siap. Saiz sekarang adalah untuk jari 21, tapi boleh diubah bila perlu.